Thursday, June 21, 2012

Menu Sihat Dengan Buah Apple



Khasiat Buah Apple



Menurut kajian, khasiat epal hijau dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jusnya yang mengandungi phytonutrient dipercayai mampu melambatkan pengoksidan kolestrol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organic sewaktu bertindak balas dengan bakteria didalam usus.
Kandungan asidbutrik juga merupakan sember makanan sel usus yang terdapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus. Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh setaip manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang telah dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampi mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi. Bukan itu sahaja, di jepun penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengatifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawak pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.


Mengamalkan epal hijau tidak akan mengundang tragedi buruk bahkan ia amat baik untuk untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasai tanda-tanda mendapat migraine seperti kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau. Menurut kata Alan Hirsh pengarah The Taste Research Foundation di Chicago epal hijau amat membantu pengidap migraine. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan mood ceria dan meredakan ketegangan yang di alami.
Selain itu, bagi golongan yang gemar berdiet selalunya anda mempunyai masalah sembelit. Kini tidak akan menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.
Meski pun ia bermanfaat mengatasi masalah sembelit buah epal ini juga mempunyai khasiat untuk mengatasi masalah cirit-birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunnin dalam buku ciptaannya yang bertajuk Healing Foods. Menurut apa yang diterangkan didalam buku tersebut, epal sangat bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Dan mengikut kajian buah ini hampir dikatakan tidak mengandungi lemak dan juga kolestrol, dan ianya sangat sesuai dimasukkan dalam menu harian bagi wanita-wanita yang ingin berdiet.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.






Kelebihan epal hijau yang tidak anda ketahui :

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membrane paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulanf dengan menambah bahan kimia ( boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko kanser.
  • Menghidu epal dapat menenagkan fikiran.




Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman :-



- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.





      Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com







Thursday, May 24, 2012

Kesihatan Oral Jangan Diabaikan!



Kesihatan bukan hanya terletak pada anggota luaran tetapi juga dalaman seseorang individu. Ini merangkumi kesihatan gigi, gusi dan mulut secara keseluruhannya. Harus diingat bahawa  kesihatan mulut yang diabaikan boleh mengundang pelbagai masalah seperti penyakit gusi (Periodontium), nafas berbau, kerosakan gigi ( karies gigi) dan sebagainya.


Penjagaan Kesihatan Oral
Kesihatan oral amat penting kerana sebarang gangguan kesihatan oral akan membawa kesan kepada struktur atau fungsi bahagian oral atau kedua-duanya sekali. Gangguan-gangguan kesihatan oral boleh mengakibatkan masalah sakit gigi dan bengkak gusi serta penularan kuman di mulut dan muka, kehilangan gigi dan masalah kekurangan keupayaan mengunyah makanan, masalah estetik muka, pertuturan yang terganggu, masalah pernafasan waktu tidur dan kurang daya untuk berkomunikasi.

Sakit gigi
Kebanyakan sakit gigi berpunca daripada kerosakan gigi. Sekiranya kerosakan itu tidak dirawat, kebengkakan boleh terjadi. Kerosakan gigi atau karies gigig ini berkait rapat dengan diet anda. Ia lebih dipengaruhi oleh kekerapan memakan makanan-makanan manis. Gigi boleh menjadi rosakn disebabkan oleh bakteria dalam plak yang menghasilkan asid daripada makanan berkanji dan gula tadi. Jadi apa yang dapat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan gigi adalah dengan ;

  • Mengawal pengambilan gula dengan memakan makanan manis ( bergula) hanya semasa waktu makan utama.
  • Mengurangkan / mengelakkan memakan snek di antara waktu makan utama.
  • Mengelakkan minuman berkabonat kerana kandungan gula tinggi dan berasid.
  • Mengekalkan kebersihan mulut yang baik dengan memberus gigi dengan berkesan setiap hari mengunakan ubat gigi berfluorida, menggunakan eflossi untuk mencuci celah-celah gigi dan mendapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.



Penyakit gusi ( penyakit periodontium) boleh terjadi di peringkat kanak-kanak lagi dan keadaan mungkin menjadi semakin teruk seiring dengan peningkatan umut. Penyebab utama penyakit gusi ini adalah plak. Bakteria dalam plak menghasilkan toksin yang menyebabkan gusi merah, bengkak serta mudah berdarah. Jikan tidak dirawat, penyakit gusi boleh merebak ke tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi bergoyang. Ini mungkin berkait dengan ;

  •  Kurang penjagaan kebersihan mulut.
  •  Tabiat merokok.
  •  Penyakit diabetis.
  •  Mulut kering.
  •  Perubahan hormone.




Kanser mulut
Kanser mulut adalah ketumbuhan tidak normal yang didapati di kawasan mulut. ‘Malignans’ ini boleh dikesan semasa pemeriksaan mulut. Kanser mulut biasanya berlaku di bahagian pipi, lidah, dasar mulut dan bibir. Anda harus mengambil perhatian sekiranya terdapat perubahan berikut dalam mulut anda ;

  • Perubahan warna seperti putih atau merah.
  • Benjolan, bintik-bintik kasar dan tanda-tanda luka.
  • Ulser yang mudah berdarah dan tidak sembuh.
  • Kesukaran mengunyah, menelan, bercakap atau membuka mulut serta menggerakkan lidah.
  • Perubahan suara.
  • Sakit dan kebas di mulut dan bibir.( Di samping itu, perhatikan juga perubahan lain seperti penurunan berat badan dengan mendadak, ketulan atau benjolan di leher).





Kanser mulut boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup sihat. Beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser mulut termasuklah ;

§  Mengelakkan kegiatan merokok atau mengunyah sirih.
§  Mengawal pengambilan alkohol
§  Elakkan pendedahan berlebihan kepada matahari untuk mengelak kanser bibir.
§  Mengambil lebih sayuran dan buahan di dalam diet seharian.
§  Mengekalkan berat badan ideal melalui pengambilan makanan seimbang dan senaman yang rutin.

Penyakit sendi rahang mulut (TMJ)
Penyakit atau kekejangan sendi rahang mulut boleh menyebabkan kesakitan seakan sakit gigi. Kesakitan biasanya dirasai pada waktu pagi atau lewat tengahari.


Ulser ‘Aphthousi’ ( pecah mulut)
Ulser mulut boleh menyebabkan rasa sakit yang memedihkan. Kebiasaanya ulser akan sembuh dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Kadangkala, rasa sakit gigi tidak berpunca daripada kerosakan gigi, gusi atau sendi rahang tetapi mungkin berkait dengan masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung, sakit telinga atau sinusitis.



Nafas berbau
Masalah nafas berbau atau nama saintifiknya ‘halitosis’ memang memalukan. Ia paling kerap berlaku ketika bangun dari tidur dan keadaan ini dialami berikutan tiada kegiatan pada kelenjar air liur. Faktor umum nafas berbau berpunca daripada penjagaan mulut tidak sempurna, iaitu apabila gigi tidak dibersihkan dengan betul dan tidak mendapat perhatian khusus sehingga menyebabkan gigi berlubang. Makanan seperti  petai, jering, rebung, tempoyak dan durian boleh menyebabkan nafas berbau. Begitu juga dengan minum teh, kopi atau minuman keras. Selain itu masalah nafas berbau juga dikaitkan dengan penyakit tertentu pada saluran penghadaman dan esophagus. Ia juga boleh disebabkan penyakit tonsillitis dan tumor sama ada pada gusi ataupun lidah. Namun begitu, biasanya nafas berbau terjadi kerana masalah gigi berlubang, hidung berdarah dan hingus meleleh. Berikut adalah tip untuk mengatasi masalah nafas berbau ;


  • Amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran ( selain daripada yang di nyatakan di atas) di dalam setiap menu harian anda.
  • Amalkan pemakanan seimbang setiap hari dan jangan lupa minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  • Kurangkan pengambilan gula atau makanan yang terlalu manis.




Wednesday, March 14, 2012

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas



Khasiat Buah Nanas





Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Monday, March 12, 2012

PANTANG LARANG MAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER




  1.  Produk Tenusu: Keju, Susu segar, mentega dll
  2.  Seafood: Gamat, Ketam Sotong dll.
  3.  Minuman: Kopi, Teh, Minuman bercoklat.
  4.  Daging: Daging Merah seperti daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa dll.
  5.  Sayur dan Buah: Bergetah dan berangin seperti Nangka, Sukun, Cempedak Kundur dll.
  6.  Ikan yang Bersisik: Haruan, Gelama, Merah.
  7.  Makanan Segera dan Produk dalam Tin,: Ikan Sardin, Laici, Jagung, Minuman bergas serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.
  8.  Makanan Berjeruk: Ikan Masin, Telor asin, Budu, Belacan dll.
  9.  Makanan yang di Panggang: Sate, Ikan Bakar (Semua yang dibakar terdapat banyak  karbon yang tinggi).
  10.  Kulit Ayam dan Itik mesti dibuang.
  11.  Makan banyak sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga dll.
  12.  Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan air sejuk seperti salmon, tuna, tenggiri, kod.
  13.  Makan banyak tempeh, tofu, tahu dan air kacang soya.
  14.  Makan sayuran organik
  15.  Makan cendawan payung, tiram, shitake dsn.
  16.  Makan makanan yang banyak betakeratone, karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
  17.  Makan sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
  18.  Minum air yang bersih yang bebas dari klorin, banyakkan air mineral.
  19. Jangan memakan kentang, bawang yang bertunas, kerana tempat yang bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen kanser.
  20.  Makanlah makanan seperti spirulina.
  21.  Kurangkan minuman bergula.
  22.  Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
  23.  Jika makan di luar, makanlah makanan yang berkukus, sup, reneh/stew atau oven grill.


Friday, March 2, 2012

Leher bengkak tanda kanser


Leher Bengkak Tanda Kanser

                                                   TANDA... benjolan pada rahang bawah akibat kanser air liur di bawah lidah.

IA bukan jenis kanser yang popular dan sering diperkatakan seperti  kanser  paru-paru, payudara mahupun usus besar. Namun,  kanser  kepala dan leher yang kurang diberi perhatian sebenarnya penyakit yang lazim dihadapi penduduk di negara ini serta Asia Tenggara.
kanser kepala dan leher merujuk jenis  kanser  yang menyerang bahagian tertentu, antaranya leher, hidung dan rongga mulut (lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan peti suara).

Pertumbuhan sel tidak normal yang mengambil masa lama untuk berkembang biak itu disebabkan faktor luar kawalan seperti genetik, usia dan jantina manakala faktor penyumbang ialah gabungan tabiat gaya hidup seperti pemakanan, merokok dan minum arak.
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yeo Sek Wee, berkata kira-kira 90 peratus punca  kanser  kepala dan leher ialah Squamous Cell Carcinoma.
“Mereka yang ada ahli keluarga menghidap  kanser  kepala dan leher terdedah risiko mendapat penyakit yang sama. Faktor gabungan yang meningkatkan risiko ialah tabiat suka memakan ikan masin, makanan diawet dan makanan dalam tin selain merokok dan minum arak. Penyakit itu juga boleh berpunca daripada virus Epstein Barr (EPV),” katanya.
Menurutnya, bukan semua pesakit mengalami bengkak di leher mendapat penyakit  kanser  kerana mungkin disebabkan penyakit lain. Namun, kira-kira 90 peratus sebab bengkak di bahagian itu berpunca daripada  kanser  . Endoskopi hidung perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat ketumbuhan di belakang hidung bagi mengesahkan ia  kanser  .
Kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit mungkin mengalami hidung tersumbat atau pendarahan.  kanser  ini sangat sensitif dan jika dikesan lebih awal, rawatan menggunakan radioterapi dapat mematikan sel pembunuh senyap itu.
Penyakit biasa dialami mereka berusia 30 hingga 50 tahun itu juga boleh menyebabkan pendengaran berkurangan akibat halangan ketumbuhan.
Jika pesakit mengalami bengkak di leher,  kanser  berkenaan berada di tahap satu atau dua.  kanser  berkenaan boleh merebak ke otak dan jika ini berlaku, pesakit mengalami penglihatan berbayang/bertindih atau kabur kerana kerosakan saraf.  kanser  pada tahap tiga dan empat pula boleh menyebabkan sel berkenaan merebak ke anggota badan lain seperti paru-paru dan tulang.
kanser  kepala dan leher banyak dihadapi penduduk di China tenggara, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
kanser  pada rongga mulut atau lidah boleh terjadi kerana kelemahan dalam penjagaan kebersihan gigi dan gusi. Gigi yang pecah dan mempunyai serpihan tajam boleh melukakan lidah dan kesakitan berpanjangan seterusnya menjadi  kanser  lidah.  kanser  lidah juga mungkin terjadi disebabkan tabiat suka makan hidangan panas terutama di kalangan kaum Cina dan Melayu.
Ulser yang berlarutan dalam tempoh agak lama biarpun sudah diberi rawatan antiobiotik memberi petanda kemungkinan seseorang itu mengalami  kanser  rongga mulut atau bahagian dalam pipi.
Bagi kaum India pula, tabiat mengunyah sirih, pinang dan gambir mendedahkan mereka kepada  kanser  di bahagian lompang pipi. Ia boleh merebak ke gusi dan bawah lidah.
kanser  air liur bukan berpunca daripada squamous cell tetapi disebabkan Human Papilloma Virus (HPV). Setiap individu mempunyai tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah lidah dan di belakang rahang iaitu parotid, sublingual dan submandibular.
kanser kelenjar air liur di pipi (parotid cancer) boleh dikesan melalui satu ketumbuhan/benjolan di bawah pipi. Bagaimanapun, ada juga  kanser   jenis ini yang tidak dapat dikesan awal kerana benjolan berlaku di bahagian dalam.
kanser air liur di bawah lidah (submandibular cancer) disebabkan pleomorphic adenoma. Bagaimanapun, punca sebenar  kanser  itu tidak diketahui dan ia tidak boleh merebak ke bahagian tubuh lain sebaliknya berupaya merosakkan saraf.
Pada tahap satu dan dua, kadar kejayaan rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini ialah 80 peratus manakala pada tahap empat kadar kejayaan sebanyak 10 peratus.
Rawatan dilakukan dengan pembedahan membuang ketumbuhan dan bengkak di leher manakala radioterapi untuk tahap  kanser  yang lebih teruk. Bagi  kanser  parotid, keseluruhan kelenjar pesakit akan dibuang.
Pesakit digalakkan membuat radioterapi dan kemoterapi. Sekiranya rawatan awal tidak dilakukan,  kanser  yang kronik boleh menyebabkan saraf muka lumpuh hingga muka pesakit senget sebelah.
kanser tonsil di tekak boleh dijangkakan sekiranya bahagian tekak sebelah kanan dan kiri tidak sama besar. Walaupun  kanser  ini jarang berlaku, ia boleh merebak ke leher.
kanser peti suara, lazimnya dihadapi golongan warga emas.  kanser  ini mudah dialami perokok tegar juga yang merokok selama bertahun-tahun ataupun mereka yang gemar minum arak. Gejala  kanser  ini ialah suara pesakit tidak jelas. Pada tahap empat,  kanser  boleh merebak ke leher.
Untuk  kanser  peti suara tahap satu dan dua, rawatan dilakukan ialah laser radioterapi. Kadar penyembuhan bagi kedua-dua kaedah rawatan ini ialah 80 peratus.
Pada tahap satu, pesakit yang menjalani pembedahan mempunyai suara yang tidak jelas. Pada tahap empat atau yang lebih kronik, rawatan ialah dengan prosedur membuang peti suara diikuti radioterapi selepas pembedahan. Bagi membolehkan pesakit bercakap seperti sedia kala, peti suara tiruan dinamakan voice prosthesis digunakan.



FAKTOR

1.      Genetik – ada sejarah keluarga yang menghidap  kanser  .
2.      Pemakanan – kaum Cina dan Melayu. Tabiat: antaranya makanan dengan pengawet, makanan dalam tin, ikan masin.
3.      Merokok.
4.      Virus Epstein Barr (EPV).


GEJALA

1.      Majoriti mengalami bengkak di leher.
2.      Paraneoplastic neurological syndromes (PNS) – bengkak di belakang hidung yang dikesan menggunakan endoskopi.


JENIS KANSER KEPALA DAN LEHER

1.      Leher
2.      Hidung
3.      Rongga mulut

Sumber petikan daripada : http://www.harian-metro-online.com/leher-bengkak-tanda-kanser

Bahaya Ubat Gigi Berfluorida!


Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan bahan itu ialah Fluorida.
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai “sodium monofluorophosphate” (smlp) atau “sodium fluoride” dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang)  keatas label mendapati semua ubat gigi berfluorida juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen. Jadi, untuk mengetahui sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik lihat gambar gambar berikut.




KENAPA UBAT GIGI BERFLOURIDA BAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Ameria (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi ( pertubuhan bukan kerajaan kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksin yang digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi yang tidak diluluskan di sebabkan kandungan racunanya yang tinggi.
Satu tinjauan dijalankan dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah menelan antara 0.3 - 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan hanya memberus gigi.
MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
  • Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
  • Pihak berkuasa di malaysia telah menambah fluorida ke dalan sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
  • Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.
  • Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan  bilis dan sardin.
Oleh sebab itu, kita tidak memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur yang mampu memudaratkan kesihatan.


KESAN FLUORIDA :
  • Kematian 
  • Kanser
  • Ruam kuit
  • Luka Kanser
  • Kelunturan warna gigi
  • Masalah gastrik
  • kerapuhan tulang
  • keracunan saraf
  • kanser tulang
  • Keretakan tulang
  • Menyebabkan masalah IQ di kalangan kanak-kanak
  • Meransang masalah buah pinggang
Mengikut kajian,fluorida mampu meresap menerusi gusi, kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50 % daripada ubat gigi ketika memberusnya, terdedah kepada risiko kanser.



Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/06/bahaya-ubat-gigi-berflourida/

Thursday, March 1, 2012

Teori Metabolik




PENGENALAN KEPADA TEORI METABOLIK




Baru-baru ini suatu penilaian semula mengenai ketara sifat dan punca-punca kanser telah dijalankan.  kanser  dipercayai menjadi bekas penyakit setempat, dicirikan oleh luka, biasanya dalam bentuk pertumbuhan, yang muncul di beberapa bahagian tertentu badan. Luka berpusat ini adalah dianggap sebagai hasil aktiviti yang dihasilkan oleh ejen virus yang menyerang, karsinogenik atau beberapa bentuk tamparan trauma.

Kini, terdapat suatu sabitan yang semakin meningkat di kalangan penyelidik dan pakar perubatan bahawa  kanser  adalah penyakit kompleks yang merupakan hasil akhir metabolisme terganggu (kimia badan). Ia adalah satu penyakit berbahaya yang melibatkan seluruh badan, sistem saraf, saluran penghadaman, pankreas, paru-paru, organ-organ perkumuhan, sistem endokrin, dan mekanisme pertahanan seluruh. Kekerapan sel  kanser  mengganas selepas rawatan dengan kaedah konvensional hasil keputusan pembedahan, radiasi dan / atau kemoterapi kerana punca metabolik asas yang mendasari  kanser  jarang dipertimbangkan dan seterusnya tetap tidak diperbetulkan.

AETIOLOGY KANSER



Dalam tubuh manusia terdapat beribu-ribu sel-sel yang ditangkap, semasa pembangunan sel, pada peringkat anembryonic. Sel-sel ini dipanggil sel-sel mesenchymal, fibroblas, neoblasts, dll. Fungsi utama mereka adalah sebagai pembaikpulih. 

Apabila tulang rosak, sel-sel ini boleh berubah menjadi sel-sel tulang. Jika darah hilang, sel-sel yang sama dapat bertukar menjadi sel-sel darah. Mereka benar-benar pluripotential dan boleh bertindak balas terhadap apa-apa bilangan rangsangan morphogenetic. Sel-sel yang sama, apabila tertakluk kepada karsinogen (bahan kimia penyebab  kanser  ) berkembang menjadi sel-sel  kanser  . Setiap hari, setiap manusia, sejumlah besar sel-sel embrio yang normal menjadi  kanser  

Walaupun jarang berlaku, sel-sel ini tidak menjadi penyakit  kanser  yang disebabkan oleh sistem dalam tubuh badan manusia yang luar biasa yang dikenali sebagai sistem imun. Fungsi sistem ini adalah untuk memusnahkan atau meneutralkan semua bahan asing dalam badan.


cancer_cell
Apabila sel embrio menjadi sel  kanser  adalah dari pandangan biokimia, asing kepada badan. Kerena itu, tubuh terus kekal sihat kerana limfosit, makrofaj, dan komponen-komponen lain sistem imun dapat meneutralkan atau memusnahkan sel-sel ini dan mengelakkan penyebaran dan pendaraban. 
Sel-sel  kanser  biasanya dimusnahkan oleh mekanisme pertahanan badan kita dalam masa beberapa jam. 

Jika sistem imun, lemah kesan dari cara  pemakanan yang buruk, pencemaran alam sekitar yang berlebihan atau yang berterusan tekanan melemahkan, sel-sel  kanser  ceplosan dan akan membiak dengan cepat membentuk gejala "pertumbuhan"  kanser  . Sistem imun kita amnya melemahkan dengan memajukan umur.
Ini meningkatkan kemungkinan penyakit-penyakit degeneratif metabolik yang berlaku. Salah satu matlamat utama terapi semua metabolik adalah untuk menggiatkan sistem imun badan dan mengembalikan kepada keadaan yang berfungsi sepenuhnya. pencapaian matlamat ini membenarkan sistem imun untuk menghapuskan atau sebaliknya menafikan sel-sel  kanser  sebelum mereka boleh memulakan pertumbuhan invasif.
Pakar metabolik dan penyelidik percaya bahawa kita boleh kekal sihat jika kita membekalkan sel-sel individu badan dengan jumlah yang betul oksigen, nutrien, enzim, mineral, asid amino, dan lain-lain nutrien penting dari kedua-dua diet dan pemakanan tambahan.  
Keupayaan badan adalah sama penting untuk menghapuskan bahan buangan metabolisme sel melalui pergerakan usus yang betul, pernafasan yang cekap, perkumuhan biasa, dan lain-lain rawatan mesti disediakan yang akan membantu badan menyahtoksik dirinya dengan menghapuskan bahan pencemar berbahaya. Ini, pada dasarnya, sumber utama kekuatan terapi metabolik. 
Ia merupakan satu program pelbagai aspek yang menggabungkan pelbagai elemen berkaitan, masing-masing yang memainkan peranan penting dalam kejayaan terapi lengkap.

Order Produk B17, Hubungi Hjh Noorliah 016-733 7380
Email : MakanSutraTraders@gmail.com