Leher Bengkak Tanda Kanser
TANDA... benjolan pada rahang bawah akibat kanser air liur di bawah lidah.
IA bukan jenis kanser yang popular dan sering
diperkatakan seperti
kanser paru-paru, payudara mahupun usus besar. Namun,
kanser kepala dan leher yang kurang diberi perhatian sebenarnya penyakit yang
lazim dihadapi penduduk di negara ini serta Asia Tenggara.
kanser kepala dan
leher merujuk jenis
kanser yang menyerang bahagian tertentu, antaranya leher,
hidung dan rongga mulut (lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan
peti suara).
Pertumbuhan sel tidak normal yang mengambil masa lama untuk berkembang
biak itu disebabkan faktor luar kawalan seperti genetik, usia dan jantina
manakala faktor penyumbang ialah gabungan tabiat gaya hidup seperti pemakanan,
merokok dan minum arak.
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Prince Court,
Dr Yeo Sek Wee, berkata kira-kira 90 peratus punca
kanser kepala dan leher
ialah Squamous Cell Carcinoma.
“Mereka yang ada ahli keluarga menghidap
kanser kepala dan leher
terdedah risiko mendapat penyakit yang sama. Faktor gabungan yang meningkatkan
risiko ialah tabiat suka memakan ikan masin, makanan diawet dan makanan dalam
tin selain merokok dan minum arak. Penyakit itu juga boleh berpunca daripada
virus Epstein Barr (EPV),” katanya.
Menurutnya, bukan semua pesakit mengalami bengkak di leher mendapat
penyakit
kanser kerana mungkin disebabkan penyakit lain. Namun, kira-kira 90
peratus sebab bengkak di bahagian itu berpunca daripada
kanser . Endoskopi
hidung perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat ketumbuhan di belakang
hidung bagi mengesahkan ia
kanser .
Kira-kira 10 hingga 20 peratus pesakit mungkin mengalami hidung
tersumbat atau pendarahan.
kanser ini sangat sensitif dan jika dikesan lebih
awal, rawatan menggunakan radioterapi dapat mematikan sel pembunuh senyap itu.
Penyakit biasa dialami mereka berusia 30 hingga 50 tahun itu juga boleh
menyebabkan pendengaran berkurangan akibat halangan ketumbuhan.
Jika pesakit mengalami bengkak di leher,
kanser berkenaan berada di
tahap satu atau dua.
kanser berkenaan boleh merebak ke otak dan jika ini
berlaku, pesakit mengalami penglihatan berbayang/bertindih atau kabur kerana
kerosakan saraf.
kanser pada tahap tiga dan empat pula boleh menyebabkan sel
berkenaan merebak ke anggota badan lain seperti paru-paru dan tulang.
kanser kepala dan leher banyak dihadapi penduduk di China tenggara,
Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
kanser pada rongga mulut atau lidah boleh terjadi kerana kelemahan dalam
penjagaan kebersihan gigi dan gusi. Gigi yang pecah dan mempunyai serpihan
tajam boleh melukakan lidah dan kesakitan berpanjangan seterusnya menjadi
kanser lidah.
kanser lidah juga mungkin terjadi disebabkan tabiat suka makan
hidangan panas terutama di kalangan kaum Cina dan Melayu.
Ulser yang berlarutan dalam tempoh agak lama biarpun sudah diberi
rawatan antiobiotik memberi petanda kemungkinan seseorang itu mengalami
kanser rongga mulut atau bahagian dalam pipi.
Bagi kaum India pula, tabiat mengunyah sirih, pinang dan gambir
mendedahkan mereka kepada
kanser di bahagian lompang pipi. Ia boleh merebak ke
gusi dan bawah lidah.
kanser air liur bukan berpunca daripada squamous cell tetapi disebabkan
Human Papilloma Virus (HPV). Setiap individu mempunyai tiga pasang kelenjar air
liur utama di bawah lidah dan di belakang rahang iaitu parotid, sublingual dan
submandibular.
kanser kelenjar air liur di pipi (parotid cancer) boleh dikesan melalui
satu ketumbuhan/benjolan di bawah pipi. Bagaimanapun, ada juga
kanser jenis ini
yang tidak dapat dikesan awal kerana benjolan berlaku di bahagian dalam.
kanser air liur di bawah lidah (submandibular cancer) disebabkan
pleomorphic adenoma. Bagaimanapun, punca sebenar
kanser itu tidak diketahui dan
ia tidak boleh merebak ke bahagian tubuh lain sebaliknya berupaya merosakkan
saraf.
Pada tahap satu dan dua, kadar kejayaan rawatan untuk menyembuhkan
penyakit ini ialah 80 peratus manakala pada tahap empat kadar kejayaan sebanyak
10 peratus.
Rawatan dilakukan dengan pembedahan membuang ketumbuhan dan bengkak di
leher manakala radioterapi untuk tahap
kanser yang lebih teruk. Bagi
kanser parotid, keseluruhan kelenjar pesakit akan dibuang.
Pesakit digalakkan membuat radioterapi dan kemoterapi. Sekiranya rawatan
awal tidak dilakukan,
kanser yang kronik boleh menyebabkan saraf muka lumpuh
hingga muka pesakit senget sebelah.
kanser tonsil di tekak boleh dijangkakan sekiranya bahagian tekak
sebelah kanan dan kiri tidak sama besar. Walaupun
kanser ini jarang berlaku, ia
boleh merebak ke leher.
kanser peti suara, lazimnya dihadapi golongan warga emas.
kanser ini
mudah dialami perokok tegar juga yang merokok selama bertahun-tahun ataupun
mereka yang gemar minum arak. Gejala
kanser ini ialah suara pesakit tidak
jelas. Pada tahap empat,
kanser boleh merebak ke leher.
Untuk
kanser peti suara tahap satu dan dua, rawatan dilakukan ialah
laser radioterapi. Kadar penyembuhan bagi kedua-dua kaedah rawatan ini ialah 80
peratus.
Pada tahap satu, pesakit yang menjalani pembedahan mempunyai suara yang
tidak jelas. Pada tahap empat atau yang lebih kronik, rawatan ialah dengan
prosedur membuang peti suara diikuti radioterapi selepas pembedahan. Bagi
membolehkan pesakit bercakap seperti sedia kala, peti suara tiruan dinamakan
voice prosthesis digunakan.
FAKTOR
1.
Genetik – ada sejarah keluarga yang menghidap
kanser .
2.
Pemakanan – kaum Cina dan Melayu. Tabiat: antaranya
makanan dengan pengawet, makanan dalam tin, ikan masin.
3.
Merokok.
4.
Virus Epstein Barr (EPV).
GEJALA
1.
Majoriti mengalami bengkak di leher.
2. Paraneoplastic
neurological syndromes (PNS) – bengkak di belakang hidung yang dikesan
menggunakan endoskopi.
JENIS KANSER KEPALA DAN LEHER
1.
Leher
2.
Hidung
3.
Rongga mulut
Sumber petikan daripada : http://www.harian-metro-online.com/leher-bengkak-tanda-kanser
No comments:
Post a Comment